Translate

Kaedah Pembelajaran

KAEDAH PEMBELAJARAN


Saperti yang telah di terangkan pada peringkat awalnya, Untuk mengenal Diri Sebenar diri, Diri itu haruslah di lahirkan atau pun di buka jalan bagi nya, yang akan kita dapat rasakan dan ini di lakukan dengan duduk dengan tenang di hadapan orang (Guru) yang akan membukakan pintu bagi Diri Sebenar Diri itu. Dan dengan zikir dan matikan segala pergerakan zahir, insyaallah akan lahirlah Pancaran Diri Sebenar Dira yang di cari itu. Masa yang di ambil untuk melahirkan Diri ini bergantung pada pelajar itu sendiri, ada yang kalau di izinkan Allah hanya mengambil masa 15 minit (untuk membuka nya) sahaja dan ada juga yang lebih lama (hingga 45 minit) dalam proses ini.

Hanya mereka mereka yang telah terbuka sahaja dapat menceritakan bagaimanakah rasa dan perasaan Diri sebenar Diri itu.

Harus diingat tidak ada unsur sihir dan lain lain yang Haram di sisi Syarak yang dilakukan, Hanya zikir dan Mengucap dua kalimah syahadah. Selebihnya penyerahan diri kepada Allah semata semata.

Bagaiman dengan Maharnya? yang juga di panggil upah bidan dan amalan ini telah di amalkan sejak dari awal perkembangan ilmu ini lagi iaitu pembayaran nya mengikut harga timbangan emas, ia itu 1 mayam emas.

Tetapi ramai dari orang sekarang tidak tahu akan nilai 1 Mayam emas ini:

1 Mayam emas .... bersamaan dengan 3.4gram.

Mahar nya ialah harga emas seberat 3.4gram

Disamping itu perlu juga Kain putih dan lain lain untuk istiadat Pengijazahan Ilmu Ini.( akan disediakan)


Penting


Ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan akan persamaan Ilmu Mengenal Diri ini dengan Ilmu Tenaga Dalam, Rheiki dan lain lain ilmu yang menjanjikan kehebatan Dunia semata mata, dan disini saya nyatakan bahawa Ilmu Mengenal Diri ialah untuk mengenal Allah, sesuai dengan Hadis Nabi yang berbunyi "Barang Siapa Mengenal Diri Nescaya Kenal Dia Akan Tuhannya"

PERINGATAN:

Ramai yang bertanya adakah setelah belajar ilmu ini kita tidak payah lagi mengamalkan syariat. Untuk pengetahuan semua, Ini adalah satu ilmu pengetahuan, dengan itu syariat tetap syariat dan ilmu ini tidak mengubah sebarang hukum.


 HARAP MAKLUM.
(Penulis)