Translate

Rahsia Silat








Seni silat merupakan salah satu tradisi peninggalan nenek moyang Bangsa Melayu yang kini kian ditelan zaman. Silat begitu sebati dengan kaum melayu di seantero kepulauan melayu terutama Malaysia dan Indonesia. Jika kita selidik, terdapat berpuluh-puluh jenis silat yang terdapat di tanah melayu ini, bahkan mungkin beratus jenis silat.




Silat merupakan sejenis tarian atau gerakan mempertahankan diri ataupun tarian perang. Pergerakan tari silat yang lembut tersirat pukulan-pukulan maut dan gerakan menepis atau mengunci musuh. Jika dilihat dengan mata kasar kita tidak nampak apakah maksud di sebalik gerakan tari silat tersebut. Bahkan ada yang memandang rendah terhadap kemampuan silat dalam seni mempertahankan diri kerana dianggap lembik dan tidak glamour. Aku pun dulu pernah terfikir belajar boxing lebih baik daripada belajar silat. Buat apa belajar silat dengan tari-tari yang tidak dapat digunakan ketika berlawan. Masa berlawan, takkanlah nak menari lagi…itulah pandangan sinis daripada orang-orang yang tidak tahu nilai seni silat termasuk aku. Boxing lebih baik sebab Nampak pukulannya dengan jelas, dengan hayunan penyepak yang bisa menjatuhkan lawan dan siku yang boleh membelah tempurung kepala musuh. Tari boxing atau langkah sembah kelihatan lebih gagah dan megah sesuai dengan jiwa aku yang suka lasak heheh…itu dulu, dan setelah aku mendalami ilmu persilatan baru aku merasai kehebatan Seni Pusaka Tuah ini..Sama macam Cikgu Awang Daud kot..hehehe




Barulah aku sedar rupa-rupanya aku silap…silap menilai pusaka yang telah banyak membunuh musuh, menghalau penjajah, mempertahankan negeri. Apakah senjata yang digunakan datuk nenek kita sewaktu melawan penjajah kalau bukan dengan silat. Walaupun berparang, berkeris atau bersenjata , silatlah yang menjadi tonggak menghunus senjata-senjata tersebut. Keadaan berlawan pada zaman dulu adalah dalam jarak dekat, oleh itu tidak dapat lari dari silat kerana kita tahu seni mempertahankan diri melayu adalah silat. Silat adalah seni mempertahankan maruah tertua bagi bangsa melayu. Keris pula merupakan senjata yang sinonim dengan silat, dan lambang bagi bangsa melayu.




Dalam kelembutan ada ketangkasan, dalam ketangkasan ada pukulan, Dalam tarian terkandung seribu jurus, itulah kehebatan silat. Pun begitu, silat hanyalah ilmu untuk mempertahankan diri bukan untuk menunjuk-nunjuk kehebatan sendiri. Gerakan silat yang lemah lembut menunjukkan kelembutan orang melayu yang sinonim dengan bangsa melayu yang kaya dengan budi bahasa dan sopan-santun hatta dalam bertempur sekalipun. Ini ialah Seni Silat. Manakala bila berGayong tidak ada lagi tari dan kelembutan . Ianya lebih menumpukan kepada ketangkasan, ketepatan dan kemusnahan. Pasal tu Arwah Dato Meor mengatakan Gayong adalah khusus untuk berperang.




Biarpun begitu, segelintir sahaja yang minat dengan ilmu silat. Generasi muda sekarang didedahkan dengan ilmu mempertahankan diri seperti taekwon-do, karate, judo dan sebagainya yang Nampak gah berbanding silat melayu. Seolah-olah silat melayu tidak begitu bernilai ataupun tidak dapat menyaingi kehebatan ilmu mempertahankan diri lain. Apakah ini kerana ketiadaan guru-guru silat yang membuka kelas atau darjat silat yang dianggap kekampungan menyebabkan tiada selera anak muda dengan silat…?




Jika menyelusuri sejarah silam, alangkah beruntungnya kita kerana dapat mewarisi ilmu ini. Bukan kerana kemegahan atau keegoan, tetapi kerana betapa besarnya nilai sesebuah ilmu persilatan itu. Pada masa aku kecil, diceritakan ketika tercetusnya pergaduhan kaum semasa 13 Mei 1969 , selepas benteng tentera dan polis..Silatlah yang mempertahankan kaum melayu. Terutamanya Silat Seni Gayong dan Selendang Merah pimpinan Kiyai Salleh




Antara Silat Segera dan Fast Food




Jika dilihat senario sekarang berlambak wujudnya silat segera yang belajar pun nak segera.. Guru-guru silat pun lebih ramai daripada anak murid. Silat gaya pos pun ada. Masukkan duit dalam akaun bank, guru akan menghantar senaskah amalan…Agaknya lebih tepat kita katakan Silat IT Namun yang paling BAHAYA ialah ada perguruan yang menggunakan khidmat JIN bagi menunjukkan kehebatan yang mencarik adat.. Rujuklah alim ulamak bagi membezakan diantara Karamah dan Istidraj.




Adapun silat berbentuk kebatinan amatlah rumit untuk mempelajarinya. Ini kerana kesilapan amalan boleh memberikan kesan buruk kepada pengamalnya. Inilah mungkin penyebab ketiadaan orang mahu meneruskan ilmu ini. Dimanakah hilangnya ilmu ibu gayong sendi gedang tunggal, semar alam tunggal, belah bumi kipas nandung, raja kipas nandung. Kalau ada pada seorang guru pun adakah dapat dipelajari dan menguasainya dalam masa 24 jam sahaja…Silat batin ini, menurut cerita-cerita orang tua, pokok kelapa boleh tumbang hanya dengan menolak angin sahaja. Musuh boleh terpelanting hanya dengan menghembus nafas dan boleh berdiri di atas daun pisang. itu semua adalah kehendak Allah kepada hambanya yang istiqamah dalam perjuangan menegakkan yang Haq dan menentang yang Batil. Cuma yang menjadi persoalan sekarang adakah ilmu ini sudah tiada pewarisnya. yang ada sekarang bolehlah dianggap ibarat




“mee maggi cepat dimasak sedap dimakan akhirnya MEMUDARATKAN BADAN”




Manakala silat yang tidak berbentuk kebatinan ini Kehebatannya tetap ada dan menyimpan rahsia yang tersendiri ( ambil rasa baru mengetahuinya ) . Namun tidak perlu kepada mengamalkan ayat-ayat tertentu dan sesuai dipelajari semua golongan. Pun begitu, masih ada ayat-ayat dan petua yang dijadikan sebagai pendinding atau amalan dalam silat tertentu. Seperti artikel lepas belajar biar berguru dan pemahaman Islam wajib dipertingkatkan dari masa ke semasa.




Setiap Gerak Ada SENI Setiap SENI ada RAHSIA




Gerakan-gerakan tari silat adalah berbeza antara satu sama lain.Antaranya Seludang Jatuh, Lenggang Janda, Benang Kusut, Merbah Berlaga, Kayuh Raja Beradu, Tarik Rotan Banar, Cacok Racik, Helang Berlegar, Helang Melayang, Angkat Pulut, Belah Udang, Bersikat, Limbai, Gajah Berdorong, Permainan Empat Penjuru, Langkah Tiga, Mengumpan Ayam Putih, Tikam Serong, Buang Luar, Buang Dalam, Belebat, Tembung, Parang, Dorong, Spelet, Panah Arjuna dan Sembah Lela dan pelbagai lagi. Tari-tari itu sebenarnya adalah teknik serangan atau menangkis yang digayakan dalam bentuk tari, lemah lembut sesuai dengan adat melayu bersopan santun. Namun orang ramai masih tertanya-tanya ialah silat tari atau silat jatuh, apakah ianya adalah silat perang atau sekadar untuk persembahan?..




“Dalam Gerak ada Tari..dalam tari ada Buah..Bila Buah DiPetik nescaya Musuhkan Rebah“




Bab ni kena tanya guru hamba Abe Syed @ A.Aik ( Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman ) orang sohor, orang gedebe orang timbul…jangan marah lawak je..tak pun rujuklah Guru Azlan Ghanie ( Mahaguru Keris Lok 9) .




Manakala bila berGayong gerakan kita bukan lagi bersifat lembut bahkan setiap gerakan adalah untuk memusnahkan musuh, misalnya gerakan Rajawali, timang puteri, gerakan harimau, cindai dan lain-lain lagi. Pernah sekali saya melihat batu yang sebesar kepala kita hancur berkecai dipukul oleh Cikgu Awang di air terjun Titi Hayun dengan menggunakan kain pelikatnya semasa mengajar Seni Cindai. Itu bukannya kuasa kebatinan tetapi SENI ( momentun,halaju,ketepatan, daya.. ala saintifik lah katakan) kalau nak tahu bergurulah dengan yang mewarisi pusaka bangsa ini.




Jijok Angin




Misteri dalam silat ialah muziknya. Tiupan serunai dan gendang merupakan “pembakar semangat” yang meresapi seseorang pesilat… Pesan Arwah Dato Meor sekiranya Gayong ingin dipersembahkan hendaklah dibaca Sajak Gayong semasa persembahan dijalankan , pesilat akan bersemangat dan kemahuan dalaman membuak-buak menyuruh membuka sembah memula pencaknya. Inilah yang dikatakan “Angin silat ” sepertimana angin makyung, angin dikir,dan angin teri. Itulah misteri yang belum terungkai .. Aku masih ingat ketika ujian bengkung merah pada 1996 di Gelanggang Pusat PSSPGM Gurun oleh Cikgu Majid aku di uji untuk melakukan semua gerakan asas, baik senaman anak harimau 49 hinggalah senjata tanpa henti ( non stop ) di atas duri pokok semalu. Ianya semata-mata untuk melihat penguasaan Tapak Gayong …sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa tidak sakit?. Semasa sparring dengan tongkat pulak tongkat partner aku sampai patah dan tongkat aku terkena kepalanya…Alhamdulillah dia tidak cedera Adakah kerana terlalu bersemangat ketika berada dalam “Gelanggang” ataupun “ Semangat” yang menguasai ketika itu? Mungkin jugak kerana dikuasai nafsu apabila mendapat Pujian Cikgu Majid.




“haa..baguih..baguih macam ni baru layak pakai Bengkung Merah”




Realiti Silat di Masa Kini




Teringat saya waktu kecil-kecil dulu, selepas sahaja menuai padi, gelangang-gelangang silat dibuka dikampung, kalau tidak pun gelangang boxing, anak-anak muda ramai yang datang belajar. Sebab itulah orang-orang dulu jarang yang tidak pandai bersilat, kalau tidak bersilat pun pandai boxing. Mereka gemar belajar, mungkin kerana tidak ada kerja yang nak dibuat, atau mungkin kerana hiburannya tak banyak seperti sekarang, tapi yang pasti mereka rajin menimba ilmu, lepas seperguruan seperguruan pula, lepas segelangang segelangang pula. Lepas mereka belajar silat jatuh, belajar silat tongkat pula, pendeknya mereka rajin.


Kita tengok dulu jarang berlaku gejala sosial yang pelik-pelik seperti hari ini, kalau ada pun tak sama macam sekarang, yang menjadi ancaman dalam negara, yang mengusarkan hati semua orang. Apa tidaknya, kes bunuh, rogol, zina, subang muhram, bahkan seribu satu macam gejala yang terkadang letih untuk disebut berlaku setiap hari. Orang dulu belajar silat bukan semata-mata silat, mereka diasuh menghormati guru, bukan sahaja guru silat mereka, guru orang lain pun mereka hormat, menghormati ibubapa lebih lagi, mereka ada disiplin dan pantang larang. Boleh jadi budaya inilah yang mereka bawa dalam masyarakat. Mereka tak mudah bergaduh walau pun pandai bersilat, kadang-kadang makin pandai bersilat makin merendah diri, macam resmi padi makin berisi makin tunduk, tidak seperti ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. falsafah yang diajar (Selagi air mata tidak mengalir, selagi darah tidak menitis jangan pukul orang sekali-kali). Ini sesuai dengan ajaran Islam kalau diamalkan.


Yang pelik bin ajaibnya kenapa budak-budak hari ini jarang yang berminat kearah itu, tidak seperti orang dahulu. Mereka lebih suka merempit yang sudah pasti mengundang geruh, ada yang suka telan pil kuda sehingga hidup tak keharuan bahkan macam-macam lagi. Syabas dan tahniah kepada Penggerak Pusaka Bangsa yang berjaya mendidik anak bangsanya sendiri, ilmu dan usaha yang baik itu pasti akan direstui Allah. Istiqamah lah kita semua insya Allah.

Umat Melayu Menjunjung Tinggi

Kita harus sedar bahawa proses menghargai seni pusaka bangsa pada diri seseorang adalah tertanam sejak mereka lahir. Misalnya Anak yg baru lahir sedang menyusu pada ibu biasanya mendengar dodoi, dendangan dan nyanyian belaian ibunya akan tersemat rasa seni itu pada jiwa mereka. Makin besar anak itu makin bertambah pengalaman seni pada diri mereka. Seni muzik, seni suara, seni tari, seni silat akan mempengaruhi anak2 itu.




Dalam hal ini mereka akan merasa senang dan puas hati bilamana mendengar atau melihat apa yang telah di alami oleh mereka semasa kecil dahulu. Mungkin kepada peringkat yang telah berumur akan merasa puas hati dan bersemangat serta gembira bila serunai dan gendang silat di mainkan, lagu makyung di alunkan, lagu dikir barat di nyanyikan dan di hayati oleh generasi tersebut. Pepatah ada menyebut ” tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain”. Anak kita masih dapat dan sempat mengalami pengalaman ini, tetapi cucu-cucu kita mungkin proses penerimaan nya sudah mula berkurangan. Anak yang berkurangan pengalaman oleh kerana tiada bersambungnya seni tersebut tidak dapat menghayati rasa seni lagi sebagaimana ayah dan datuk mereka dahulu.

Dalam masa 20 tahun saja jika di perhatikan bahawa anak muda yang lahir menjadi sudah pun berumur 20 tahun. Oleh kerana kekurangan pendedahan kesenian tradisi kita, maka minat mereka sudah pudar. kepada mereka bunyi gong gendang, serunai rebab adalah sebagai bunyi bising yg menganggu mereka sahaja, sedangkan bunyi alat2 tersebut bagi orang2 tua mereka adalah satu kemegahan dan timbul rasa puas hati.

Penurunan permainan tradisi amat ketara pada mereka sudah tiada lagi. Seni Silat Makyung, Wayang kulit, dan lain-lain yang tinggi nilai seninya sudah tidak dapat di hayati lagi. Hal-hal seperti ini sekali lagi tidak dapat di persalahkan kepada mereka. Apa yang penting sekarang ialah kita yang masih ada ini hendaklah menjadi kesinambungan kepada generasi terdahulu yang telah pergi meninggalkan kita supaya pusaka tradisi kita tetap terjaga , terpelihara dan di kembangkan kepada generasi muda.

Sehebat dan Segagah silat yang pernah menyanjung nama bangsa Melayu pada kurun terdahulu, adakah masih kuat untuk melawan arus abad kini. Bangsa Melayulah yang harus mempertahankannya, sebagaimana silat pernah mempertahankan bangsa melayu dahulu. Takkan hilang Melayu di dunia…Melayu akan hilang jika identiti Melayu ini hilang…

Anak langsat dibuat tongkat

Keris lembing senjata melayu

Usaha kita membawa berkat

Menyuburkan seni agar tak layu.

“Ilmu kaloh pada Petua, Petua kaloh pada Raso”
Pesan arwah Tokku

Aku dan gayong

www.khalifahgayong.wordpress.com










By Ochid Aj

Yang mengajar dan yang diajar sama-sama Belajar

Judul di atas saya ambil dari obrolan dengan seorang teman sesama pecinta silat, pada suatu kesempatan. Saya menjadi tertarik dengan pernyataan ini karena :

Belajar adalah suatu kodrat manusia yang tidak bisa dielakan, bagaimanapun bentuk dan caranya. Secara naluri sejak bayi kita sudah belajar menarik perhatian orang tua (atau orang lain) dengan cara menangis apabila kita lapar, haus, risih karena kotor, terganggu, tidak nyaman, dan sebagainya. Selanjutnya kita belajar merangkak, berdiri, berjalan, bicara, dan seterus nya sampai memasuki usia sekolah. Bahkan kita terus belajar sampai usia dewasa melalui pendidikan formal maupun non formal, dalam lingkungan keluarga maupun masyarakat. Dalam interaksi sehari-hari, sebenar nya kita mengalami proses saling belajar. Apakah kita menyadari hal ini atau tidak, itu adalah persoalan lain.

Begitu pula halnya dengan pencak silat, dalil umum yang berlaku apabila seseorang ingin “bisa” adalah BELAJAR. Sebagaimana hukum keseimbangan alam, maka apabila seseorang belajar, maka harus ada yang mengajar. Sampai saat ini saya masih belum meyakini sepenuh nya ada seseorang yang mampu menguasai pencak silat secara autodidak. Lain hal nya kalau aspek mistis sudah berbicara, karena itu sudah berada di luar koridor logika.

Dari secuil pengalaman saya belajar silat, bertemu dan bergaul dengan beberapa guru silat, para master tersebut rata-rata mengakui bahwa mereka banyak mendapat tambahan ilmu justru setelah MENGAJAR. Hal ini bisa terjadi karena setiap person mempunyai karakter, tenaga, bakat, hobi yang tidak sama. Paling tidak, apabila seorang guru silat mempunyai 10 orang murid maka beliau sudah belajar untuk mengenal 10 karakter.

Terlebih lagi para guru yang mengajar silat dengan penekanan pada “olah rasa”, makin banyak murid, makin banyak pula “perbendaharaan rasa” yang dimiliki sang guru. Sebagai murid, saya dengan yakin mengamini logika ini.

Dengan bermodal rasa ingin tau (dan selalu ingin tau), saya mecoba menerima satu-dua orang teman yang ingin belajar bersama, dengan niat berbagi sedikit pengalaman. Dan benar, tanpa menunggu waktu lama saya sudah mendapatkan banyak pelajaran dengan belajar dari teman-teman yang kata nya ingin belajar pada saya.

Apa saja yang saya pelajari dari pengalaman mengajar ini? banyak sekali, paling tidak :

1. Bahwa mengajar itu tidak mudah, jadi saya belajar bagaimana cara mengajar
2. Paling tidak saya belajar menunggu mereka datang, walaupun bukan jarang setelah menunggu sampai malam baru ada kabar via sms dengan bunyi : “Bang, maaf ya malam ini kita2 ga bisa dateng karena capek abis begadang…”

Wassalam






Rahasia Angka 3

By Ochid Aj

disclaimer : tulisan ini bersifat universal, tidak terikat aliran manapun dan agama apapun.
Pada tulisan saya terdahulu yang berjudul Jurus dan aplikasi dalam silat, saya menekankan penting nya mempelajari JURUS secara mendalam sebab didalam jurus tersimpan makna filosofis dan kaedah dalam pencak silat. Tulisan kali ini (yang lagi-lagi semata pendapat pribadi) akan mencoba mengungkap kandungan makna dalam MISTERI ANGKA 3.

Menurut pikiran saya yang sederhana ini segala sesuatu dalam pencak silat mempunyai jumlah TIGA, paling tidak dalam inti sarinya; mari kita lihat bersama.

Dalam bersilat terdapat TIGA unsur pokok kasat mata yang bergerak :

1. Kaki
2. Badan
3. Tangan

Juga terdapat TIGA unsur yang tidak kasat mata :

1. Indera perasa (dalam hal ini adalah kulit tangan, pendengaran, dan penglihatan) yang kemudian memberikan sinyal kepada :
2. Pikiran, dalam hal ini otak yang kemudian bereaksi dan memberikan respon
3. Hati, yang dalam tataran tertentu mempunyai reaksi dan respon lebih cepat dan lebih bijak dari pikiran.

Berdasarkan unsur-unsur kasat mata dan tidak kasat mata di atas, maka seseorang yang mempelajari silat akan melalui TIGA tahapan, yaitu :

1. Gerak dasar, yang pasti akan dilalui setiap orang dalam belajar silat. Mulai dari gerak pemanasan, latihan gerakan dasar kaki, tangan, badan, dan sebagainya
2. Reflek, adalah buah dari gerak dasar yang dilatih terus menerus dan sudah menjadi kebiasaan. Reflek masih berada dalam dimensi pikiran, meskipun sudah sedemikian cepat nya dalam bergerak dam bereaksi.
3. Rasa, di mana reflek yang sudah terbentuk sedemikian rupa akan menghasilkan kemampuan mengolah dan memainkan rasa. Rasa berada dalam dimensi hati, di luar kendali otak dan pikiran.

TIGA gerak dalam bersilat

Dalam aliran maupun perguruan manapun, selalu terdapat TIGA unsur ini :

1. Sikap pasang; apapun namanya, bagaimanapun bentuknya selalu ada sikap pasang. Seorang pesilat yang bijak akan selalu bersikap siap sedia, ini lah yang saya maksud dengan SIKAP PASANG.
2. Jurus, baik itu rangakaian gerak maupun gerakan tunggal. Kembangan maupun ibing (dalam pencak silat Sunda) masuk dalam kategori JURUS.
3. Aplikasi/isi/maksud dari jurus.

Sikap Pasang terbagi menjadi TIGA bentuk utama :

1. Pasang kembar, dimana kedua kaki berdiri sejajar;
2. Pasang jurus, yaitu kaki kanan berada di depan, dan
3. Pasang suliwa, kebalikan dari pasang jurus yaitu kaki kiri berada di depan. Perkembangan dan variasi sikap pasang tidak akan terlepas dari ketiga bentuk di atas

Dalam jurus, TIGA hal pokok yang dipelajari adalah :

1. Pola langkah (maju, mundur, menyamping);
2. Bentuk dan gerakan badan yang disesuaikan dengan pola langkah, dan
3. Gerakan dan bentuk tangan dalam memukul dan menangkis/menangkap.

Sedangkan aplikasi berintikan TIGA unsur utama, yaitu :

1. Bagaimana cara bertahan (tangkisan, tangkapan, blocking) ;
2. Bagaimana cara menyerang (memukul, menendang, menjatuhkan), dan
3. Bagaimana cara menghindar.

Nah, bagi seseorang yang ingin belajar pencak silat harus mempunyai TIGA syarat utama, yaitu :

1. Niat
2. Kemauan, dan
3. Ketekunan

Apabila salah satu dari tiga syarat utama tersebut tidak terpenuhi, dapat diramalkan bahwa yang bersangkutan tidak akan sukses, kecuali belajar nya hanya sekedar iseng-iseng saja.

Kalau direnungkan lebih dalam lagi, mungkin masih banyak aspek dalam pencak silat yang berujung pada ANGKA TIGA (3). Disebabkan pikiran saya yang masih sangat dangkal dan sederhana ini, maka uraian di atas sudah cukup membawa saya kepada satu pertanyaan : MENGAPA TIGA?

Dengan bertanya kesana-sini, baca ini-itu, dan tentu saja berbekal sedikt imajinasi saya sampai pada satu kesimpulan pribadi : bahwa pencak silat pada awalnya adalah buah rasa, karsa dan cipta para pendahulu yang sarat akan muatan rohani dan filosofis. Pada hakikatnya pencak silat adalah sarana perenungan akan hakikat kehidupan, bahwa manusia PASTI akan melawati TIGA tahap : LAHIR, HIDUP, dan MATI (hukum kehidupan yang berlaku umum).

Bahwa manusia hakikatnya terdiri dari TIGA unsur : Raga, Jiwa, dan Ruh. Raga adalah unsur fisik kasat mata yang membuat kita bisa beraktivitas. Dalam pencak silat inilah aspek gerak, jurus dan aplikasi. Jiwa adalah akumulasi dari persepsi, pengalaman, dan logika. Manusia dapat hidup tanpa jiwa (yang secara umum disematkan identitas “gila”). Lingkungan, pendidikan, dan pengalaman akan menentukan bagaimana JIWA seseorang terbentuk. Dalam pencak silat, inilah aspek kaedah berupa pemahaman akan makna dan maksud setiap gerakan baik dalam jurus maupun aplikasi; reflek terbentuk di sini. Ungkapan yang sering kita dengar adalah : “dia sudah menjiwai setiap detil gerak dari pencak silat”. Maka apabila seseorang mempelajari pencak silat hanya pada tataran gerak dan aplikasi tanpa memahami kaedah, seolah-olah pencak silat nya tidak berjiwa.

Ruh adalah makna sesungguh nya seorang manusia. Ruh adalah unsur ketuhanan yang suci sifatnya, bebas dari dualisme (misal : pertentangan antara susah-senang, bahagia-derita, dsb). Apabila unsur raga dan jiwa sangat dominan dalam kehidupan, maka sebaliknya RUH adalah unsur yang sepertinya tidak terperhatikan oleh sebagian besar kita. Para ahli spiritual sering berkata bahwa Ruh kita selama ini tertutup oleh dominasi hawa nafsu raga dan jiwa. Bukankah yang selalu didengungkan adalah ucapan ”jiwa dan raga?” Kita selalu berusaha memenuhi kebutuhan raga seperti makan, minum, tidur, dan lain-lain. Jiwa selalu kita manjakan dengan kesenangan, pujian, prestasi, kebanggaan, dan sebagainya. Hanya Ruh yang terlupakan.

Ruh hanya bisa dihidupkan dengan mengurangi perhambaan terhadan raga dan jiwa, pengendalian hawa nafsu. Jadi sangatlah wajar apabila para maestro “pencipta” pencak silat adalah seorang yang mementingkan unsur Ruh (spiritualis) dari pada raga dan jiwa. Oleh karena itu setelah melewati tahap gerak dan reflek, seorang pesilat yang memahami hakikat ruh akan meningkat pada tahapan RASA. Rasa yang bersemayam di hati.

Kesimpulan yang sangat sederhana ini membawa saya kepada pengertian bahwa hakikat nya pencak silat adalah sarana untuk memahami makna kehidupan yang terdiri dari TIGA unsur Ruh, Jiwa, dan Raga. Sedikit menyinggung konsep dalam agama, TIGA adalah angka keramat karena dalam agama Islam ketiga unsur itu adalah : ALLAH sang pencipta, MUHAMMAD sang utusan penuntun umat , dan INSAN (diri kita yang menjalani kehidupan). Agama Kristen mengenal konsep Trinitas, dan Hindu dengan konsep Trimurti.

Tidak ada kebenaran mutlak dalam setiap pendapat. Hukum dualisme menyatakan bahwa : ada benar ada salah, setuju dan tidak setuju, ya dan tidak, suka dan tidak suka, dan seterusnya. Oleh karena itu saya berusaha melepaskan diri dari penilaian benar atau salah, semua saya kembalikan kepada kelemahan saya pribadi dalam berasumsi. Karena kebenaran mutlak hanya milik NYA semata.

Wallahu ‘alam








1.1. Peringkat Rendah Satu (1)

1. Asas seni silat
2. Pergerakan dengan senaman ringan
3. Pergerakan tangan dengan berperisai
4. Gerak kaki dengan kuda kuda
5. Gerak badan dengan berperisai
6. Langkah mengelak dan langkah menyerang
7. lima pergerakan bahagian dalam dan luar

1.2 Peringkat Rendah Dua (2)

1. Gerak langkah dengan kuda kuda
2. Gerakan mengelak (hindaran) dengan kuda kuda
3. Cara belaan pukulan dan serangan
4. Cara langkah masuk membuat kuncian
5. Cara bela diri atau menghindarkan diri
6. Memahami kaedah langkah bahagian luar dan dalam
7. Buah kuncian

1.3 Peringkat Rendah Tiga (3)

1. Cara mengunci dengan betul
2. Buah kuncian dalam dan luar
3. Gerak langkah masuk bahagian luar dan dalam
4. Pecahan buah kuncian luar dan dalam
5. Cara membuka kuncian
6. Cara sapuan dan guntingan serta menjatuhkan badan
7. Cara meringan kesakitan dari terkena kuncian

Dalam pelajaran peringka rendah satu (1) dua (2) dan tiga (3) jangkamasa latihan dianggarkan memerlukan waktu selama satu hingga tiga tahun. Ujian kemahiran dan kecekapan perlu di dilaksanakan dalam jangkamasa tiga (3) bulan.

1.4 Peringkat Rendah Empat (4)

1. Latihan kesegaran pernafasan
2. Latihan geram suara
3. Latihan ketajaman mata
4. Latihan kecergasan pemikiran
5. Latihan kecekapan
6. Latihan pendengaran
7. Latihan ketangkasan pergerakan
8. Cara melindungi tubuh badan
9. Menghilangkan perasaan gementar
10. Cara menjatuhkan lawan

1.5 Peringkat Rendah Lima (5)

1. Mengenal kedudukan dan gerak langkah lawan
2. Cara teknik mematikan langkah lawan
3. Pukulan spring
4. Cara imbangan badan
5. Teknik sapuan
6. Ieknik umpanan
7. Cara mengenal kelemahan lawan

1.6 Peringkat Rendah Enam (6)

1. Mengenal bentuk senjata Melayu
2. Latihan senjata ringan
- Tongkat pendek
- Tongkat panjang
- Kayu panjang
- Kayu pendek
- Parang plastik
- Tali
(a) Latihan menangkap dan menangkis serangan senjata
(b) Latihan memukul pada sasaran yang tepat, serentak dengan cara tendangan berpusing

Peringkat rendah Empat (4) Lima (5) dan Enam (6) jangkamasa latihan dianggarkan memerlukan waktu selama satu hingga tiga bulan. Ujian kemahiran dan kecekapan tingkatan satu diadakan selepas tiga (3) bulan pertama ujian pertama.



2.1 Peringkat Tinggi Satu (1)

1. Asas silat
2. Memulihkan otot
3. Pergerakan
4. Gerak anggota badan
5. Menghilangkan gemuruh
6. Membina tenaga dengan pemakanan seimbang
7. Persediaan
8. Perubatan

Latihan ini memerlukan masa satu (1) hingga tiga (3) bulan. Ujian Tingkatan satu disediakan setelah tiga (3) bulan pertama selepas ujian pertama.

TUNGGU AKAN DISAMBUNG NANTI…….(SUKATAN PELAJARAN INI DISUSUN UNTUK PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH)